Halaman Permainan Komputer Affendi - Artikel Permainan

Artikel Mengenai Permainan Komputer

Permainan seterusnya yang ingin diperkatakan disini ialah Box World. Permainan ini dihasilkan oleh Jeng Long Jiang. Apa yang menariknya mengenai permainan ini ialah bagaimana haluan perlu dilakukan oleh pemain untuk menempatkan kotak-kotak tersebut dikedudukan yang ditandakan. Pemain perlu memerhatikan ruangan yang sesuai dan turutan yang betul untuk menempatkan kotak. Permainan terpaksa dimulakan semula sekiranya keadaan telah terperangkap atau kedudukan yang betul mustahil untuk dilakukan. Setelah satu keadaan susunan berjaya diselesaikan pemain akan dibawa ke keadaan susunan berlainan atau dunia yang seterusnya. Pemain tidak dibenarkan melangkau ke dunia lain yang lebih tinggi sehinggalah ia berjaya menyelesaikan dunia yang sebelumnya. Dan ia akan terus memasuki dunia terakhir yang berjaya dilaksanakan setiap kali dibuka. Minda akan lebih kreatif kerana ia menguji keupayaan seseorang pemain dalam membuat keputusan setelah membuat analisa yang terperinci.

Satu lagi permainan yang tidak kurang menariknya ialah Klotski. Permainan ini milik HakCipta ZH Computer Corp. Minneapolis - Warsaw. Apa yang perlu dilakukan dalam permainan ini ialah mengeluarkan kotak yang berwarna merah melalui pintu yang disediakan. Kotak-kotak lain perlu ditempatkan dengan baik dan teratur supaya kotak merah dapat digerakkan kearah pintu atau lubang yang disediakan itu. Ia agak mencabar kerana kadang-kala kotak-kotak dengan berbagai bentuk tersebut menghalang pergerakan kotak merah. Dalam versi yang saya miliki menyediakan 3 tahap cabaran dengan 8 buah keadaan disetiap tahap. Anda juga boleh membuka tahap yang lain sekiranya mempunyai fail-fail tersebut. Bilangan perubahan kotak dikira bagi menentukan siapa yang layak mendapat tempat tertinggi bagi setiap keadaan. Semakin kecil bilangan perubahan kotak dilakukan semakin baik kedudukan seseorang pemain dalam senarai pemain terbaik.

Permainan seterusnya ialah WordZap.Ia dihasilkan oleh F.C. Crick dibawah Logo Microsoft Entertainment Pack. Permainan ini adalah permainan diantara manusia dan komputer. Pemain perlu membina perkataan -perkataan yang ada dalam tatabahasa English menggunakan huruf-huruf atau abjad yang disediakan. Terdapat 8 abjad disediakan bagi setiap satu perlawanan. Komputer juga perlu menyiapkan baris baris kosongnya untuk menyaingi pemain. Sekiranya perkataan yang sama dihasilkan oleh pemain dan komputer maka perkataan tersebut akan dipadamkan daripada kedua-dua belah pihak. Jadi perkataan lain perlu dibina seterusnya untuk memenuhkan ruangan kosong yang disediakan. Perkataan yang dihasilkan perlu, sekurang-kurang 3 kombinasi huruf untuk membolehkan perkataan diterima. Berapa jumlah perkataan yang telah dihasilkan oleh komputer ditunjukkan melalui anak panah kecil dan perubahan warna pada kotak. Oleh iatu pemain dapat berapa banyak perkataan yang telah dihasilkan oleh komputer.

Artikel megenai permainan disini akan ditambah dari masa ke semasa. Harap maklum.