Halaman Permainan Komputer Affendi - Atur Gambar



Pengenalan Atur Gambar

Permainan ini adalah permainan lama dimana pemain dikehendaki menyusun semula gambar yang telah dikucar-kacirkan. Tukarkan kotak-kotak gambar secara berpasangan untuk menjadikan gambar asal yang lengkap dan sempurna.

Klik pada menu pindah masuk untuk pindah masuk permainan.Saiz fail - 460 Kbyte.

Jika kualiti gambar kurang baik sila klik disini

Paparan Permainan

Cara Permainan

  1. Apabila permainan dimulakan terdapat beberapa susunan gambar dalam bentuk kotak-kotak yang tidak tersusun.
  2. Apa yang perlu dilakukan ialah menyusun kedudukan kotak- kotak tersebut supaya ia menjadi sebuah gambar yang lengkap dan sempurna.
  3. Untuk menyusun kotak - kotak gambar tersebut ialah dengan mengklik pada 2 buah kotak diantara kotak-kotak tersebut untuk menukar kedudukannya.
  4. Apabila 2 kotak gambar diklik , kedudukannya akan bertukar antara satu sama lain.
  5. Terdapat 2 peringkat dalam penyusunan atau pengaturan gambar-gambar tersebut.
  6. Peringkat pertama , keluasan kotak-kotak gambarnya adalah besar sedikit dan penyusunannya agak mudah untuk diselesaikan.
  7. Peringkat kedua pula keluasan kotak-kotak gambar tersebut akan lebih kecil , tetapi mempunyai gambar yang sama dengan peringkat pertama.
  8. Oleh itu jika anda dapat mengingati gambar dengan baik pada peringkat pertama, ia dapat membantu dalam menyelesaikan peringkat kedua tersebut.
  9. Setiap gambar ada pemegang rekodnya masing - masing. Jika penyelesaian dapat dibuat bagi kedua-dua peringkat dengan lebih pantas dari pemegang rekod , anda akan dapat meletakkan nama menggantikan pemegang rekod gambar tersebut.
  10. Anda boleh menukar gambar - gambar yang ingin diselesaikan dengan memilih salah satu gambar pada ruangan menu 'Pilihan' yang disediakan.
  11. Terdapat 12 gambar untuk diselesaikan.
  12. Hanya setakat ini saja penerangan untuk permainan ini.
  13. p/s: Untuk mendapatkan hasilkan gambar yang baik pastikan penggunaan jumlah warna yang lebih besar pada 'Display Properties'.

Harga Permainan Asal

Sila lihat senarai

Jika ingin mengetahui penerangan disebalik penghasilan permainan ini sila klik disini.