Halaman Permainan Komputer Affendi - Congak Dan Jawab



Pengenalan Congak Dan Jawab

Permainan ini berbentuk matematik . Ia menguji kepantasan kita membuat pengiraan (congakan) hasil tambah dan menjawab dengan tepat. Ruangan jawapan -jawapan disediakan untuk memudahkan para pemain menjawab soalan yang diberikan, dengan mengklik pada jawapan tersebut.

Klik pada menu pindah masuk untuk pindah masuk permainan.Saiz fail - 66 Kbyte.

Paparan Permainan

Cara Permainan

  1. Untuk memulakan permainan anda perlu klik pada 'FAIL'-'MULAKAN PERMAINAN' atau tekan kekunci F2.
  2. Hasil tambah 2 nombor akan keluar melalui petak- petak yang melingkar di sekeliling permainan dan bertanda hijau. Ini diikuti dengan hasil tambah lain yang menurutinya.
  3. Apa yang perlu dilakukan ialah meneka berapa hasil tambah dua nombor tersebut dan klik pada butang-butang jawapan yang disediakan ditengah-tengah.
  4. Butang - butang jawapan adalah daripada nombor 1 hingga 100 tersusun dengan teratur.
  5. Jika butang jawapan yang anda klik bersamaan dengan hasil tambah 2 nombor yang berlatar belakangkan warna hijau tersebut, maka hasil tambah hijau tersebut akan terpadam.
  6. Kedudukan warna hijau akan berpindah kepada hasil tambah 2 nombor dibelakangnya.
  7. Anda perlu meneka dengan betul dan klik pada butang jawapan untuk hasil tambah tersebut pula.
  8. Jika tekaan anda silap pergerakan hasil tambah tersebut akan bergerak kehadapan.
  9. Dan permainan akan tamat sekiranya putaran pergerakan hasil tambah tersebut sampai di tempat terakhir yang bertanda X.
  10. Markah dikira berdasarkan berapa jumlah soalan yang dapat anda selesaikan.
  11. Pergerakan putaran akan menjadi semakin laju dari masa ke semasa.Oleh itu cuba jawab dengan pantas untuk setiap soalan yang diberikan.
  12. Setakat ini saja penerangan yang dapat di berikan.
  13. Akhir kata semoga anda berpuas hati.

Harga Permainan Asal

Sila lihat senarai