Halaman Permainan Komputer Affendi - Congkak Digit



Pengenalan Congkak Digit

Konsep permainan ini diambil daripada permainan tradisional 'Congkak'. Dalam permainan congkak ini digit digunakan menggantikan buah getah atau guli yang biasa digunakan. Sebab itu ia dipanggil Congkak Digit.

Klik pada menu pindah masuk untuk pindah masuk permainan.Saiz fail - 350 Kbyte.

Paparan Permainan

Cara Permainan

  1. Apabila membuka permainan , nilai 5 akan diletakkan disetiap kotak.
  2. Untuk memulakan permainan pemain 1 perlu memilih dengan mengklik pada mana satu lubang yang diinginkannya.
  3. Kemudian nilai tersebut akan dihantar sebanyak 1 nilai pada setiap lubang masing-masing menurut pusingan jam.
  4. Bagi pemain 1 , lubang besar disebelah kiri adalah kepunyaannya dan akan meninggalkan 1 nilai pada lubang tersebut apabila tiba gilirannya.
  5. Manakala lubang sebelah kanan adalah kepunyaan pihak lawan dan pemain1 akan melangkah daripada menghantar nilai kepada lubang lawan apabila melaluinya. Dan begitu juga sebaliknya.
  6. Apabila jumlah nilai yang dihantar telah habis maka nilai di lubang terakhir akan diambil untuk diagihkan pula pada lubang2 yang lain pula.
  7. Giliran permainan akan beralih pada pihak lawan apabila lubang terakhir tempat pemberian nilai tidak mempunyai sebarang nilai didalamnya.
  8. Jika nilai terakhir yang dihantar adalah dilubang terkumpul kepunyaan masing2 maka permainan akan masih berpihak pada pihak yang memulakan perjalanan.
  9. Dan apabila sudah tidak ada nilai lagi samaada bagi pihak pemain1 atau pihak lawan maka nilai terkumpul di lubang besar akan diagihkan semula kepada setiap lubang masing. Jika pengagihan tidak mencukupi walau untuk 1 lubang pun maka perlawanan akan tamat dan pertandingan tersebut dimenangi oleh pihak yang berjaya mendapat nilai terkumpul yang tertinggi.

Harga Permainan Asal

Sila lihat senarai