Affendi - Kualiti Gambar
Halaman Permainan Komputer Affendi - Kualiti Gambar

Jika kualiti gambar kurang baik

Jika kualiti gambar dalam permainan 'Atur Gambar' kurang memuaskan , anda boleh cuba meminda penggunaan jumlah warna display komputer.Ini dikawal oleh window.Klik pada butang sebelah kanan tetikus pada mana-mana tempat di dekstop atau wallpaper (gambar latar belakang). Elakkan daripada klik pada ikon.

Satu paparan seperti dibawah akan keluar.

Kemudian klik pada properties. (klik butang mouse kiri). Dan paparan 'Display Properties' seperti dibawah akan keluar (dan klik pada setting).

Untuk menukar jumlah penggunaan warna dalam paparan windows , klik pada label bawah di bahagian color.Dan pilih jumlah warna yang agak tinggi(Kalau boleh True Color - jika ada). Ini membolehkan windows memaparkan segala gambar, ikon dan yang berkaitan dengan imej ,dengan lebih jelas dan asli.

Kemudian klik pada OK atau Apply.

Permainan Atur Gambar akan memaparkan gambar yang lebih jelas jika banyak warna digunakan disini.

Penggunaan warna yang banyak hanya mengambil sedikit penggunaan RAM (memori) pada komputer. Ia tidak menjadi masalah sekiranya jumlah RAM komputer tinggi contohnya 16 Mbyte keatas.