Atur Gambar

Konsep permainan atur gambar mungkin idea lama yang banyak dihasilkan oleh pengaturcara lain sebelum ini. Bagaimana pun setelah saya melihat permainan baru 'Pandora Box' keluaran microsoft yang masih menggunakan konsep yang sama menyebabkan saya tertarik untuk menghasilkan konsep permainan tersebut mengikut peraturan dan idea baru. Hasilnya.. Atur Gambar.

Kebanyakan gambar yang diletakkan dalam permainan ini adalah diambil dari gambar-gambar 'wallpaper' yang disediakan oleh sebuah halaman iaitu 'Webshots'.

Menyentuh mengenai permainan 'Pandora Box' , ia adalah hasil ciptaan daripada pencipta Tetris. Emm.. taklah begitu bagus. Bagaimana pun anda boleh mendapatkan permainan versi demo nya di halaman microsoft.

Proses penghasilan

Sebenarnya semasa menghasilkan permainan ini saya hanya membayangkan untuk membuat permainan yang serba ringkas dan mudah. Tetapi entah macam mana timbul ilham untuk membuat 2 bentuk penyelesaian iaitu mula dengan penyelesaian bentuk petak besar dan kemudian disusuli dengan petak kecil. Jadi secara tidak langsung ia nampak seperti penyelesaian dalam petak besar hanya untuk mengingati rupa bentuk gambar, dan penyelesaian yang sebenarnya ialah semasa gambar dipecah-pecahkan dalam bentuk petak kecil.

Atur Gambar hanya dikhaskan kepada 12 gambar untuk mengurangkan jumlah byte yang digunakan. Ini akan memudahkan pindahan (salinan) melalui disket dilakukan.

Versi cubaan

Dalam versi cubaan hanya gambar pertama sahaja boleh untuk diselesaikan. Sebenarnya dalam permainan asal , semasa permainan dimulakan , gambar yang akan dipaparkan adalah secara rawak (tidak tentu). Dan anda boleh ubah mana satu gambar yag ingin diselesaikan melalui menu pilihan.