Lingo Melayu 6 Abjad

Permainan ini adalah permainan pertama yang saya hasilkan. Idea awal untuk menghasilkan permainan ini , setelah saya melihat satu persembahan kuiz di TV2.Permainan ini pernah dihasilkan menggunakan Qbasic sebelum ini.Setelah mengenali perisian Visual Basic , kemudian saya membina semula permainan tersebut supaya ia boleh dimainkan dalam Windows. Beberapa proses pemberian markah dalam permainan telah diolah beberapa kali untuk lebih memberi ketepatan dalam menilai kemahiran seseorang.

Rakan-rakan ditempat kerja telah memberi maklum balas yang baik semasa permainan ini mula-mula dihasilkan. Kemudian apabila saya mula mengenali Internet dan HTML , saya pun mula menghasilkan halaman (website) untuk memaparkan permainan yang saya hasilkan kepada umum. Entah berapa kali perubahan telah saya buat pada halaman-halaman ini.

Permainan Versi Cubaan

Saya terpaksa menambah beberapa kod dalam kod-kod permainan yang telah saya hasilkan untuk menghasilkan permainan versi cubaan. Ia agak sukar juga untuk dilakukan kerana beberapa aspek perlu diambil perhatian.Saya perlu pastikan mereka yang memindah masuk permainan ini memahami corak permainan dan disamping itu saya juga perlu berlaku adil kepada mereka yang yang telah membeli permainan asal.

Bagaimana pun permainan versi cubaan ini mungkin terdapat beberapa masalah kerana ia tidak 100% di periksa berbanding dengan permainan versi asal. Permainan versi asal sangat stabil berbanding permainan versi cubaan ini. Permainan versi asal dihasilkan terlebih dahulu sebelum kod-kod tambahan dilakukan untuk versi cubaan.Kadang-kadang semasa membuat kod cubaan , beberapa bug's dijumpai dan ia serta merta di perbaiki dalam versi asal.

Kurang Grafik

Jika anda perhatikan permainan yang saya hasilkan kurang mengambil berat dalam persembahan grafik. Ini disebabkan saya tidak mempunyai perisian untuk menghasilkan grafik yang baik selain daripada aksesori percuma Windows seperti paintbrush. Kebanyakan perisian untuk membuat grafik agak mahal.

Sebenarnya saya lebih mementingkan konsep sesuatu permainan. Kerana konsep sesuatu permainan yang menentukan keunikan permainan itu daripada permainan-permainan yang pernah dihasilkan sebelum ini.

Tujuan

Tujuan asal untuk membuat permainan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada adik-adik supaya mereka memahami bahawa permainan-permainan komputer adalah tidak mustahil untuk dihasilkan. Selain daripada itu ia juga dapat mengasah minda supaya lebih kreatif. Mereka juga meminati permainan ini dan berlumba-lumba untuk mencapai markah yang terbaik.

Make your own free website on Tripod.com