Halaman Permainan Komputer Affendi - Cara Pindah Masuk (IE5)

Cara Pindah Masuk (Internet Explorer 5)

Untuk memindah masuk sesuatu permainan pada halaman permainan yang dipaparkan , klik pada ikon atau imej seperti yang ditunjukkan.

Kotak seperti dibawah akan keluar untuk pastikan dimana anda mahu menyimpan fail penyedia permainan yang akan anda pindah masuk.

Selepas anda pasti dimana anda ingin letak fail tersebut klik pada Save.

Kemudian satu lagi kotak atau tetingkap seperti dibawah akan keluar menandakan proses pindahan masuk fail sedang dilakukan.Tunggu sehingga bar prosesan (progress bar) selesai.Pastikan kotak bertanda Close this.. tidak bertanda 'betul' (right mark).

Melalui kotak ini anda boleh lancarkan terus fail penyedia (setup) tersebut dengan mengklik pada Open setelah proses pindahan masuk (progress bar) selesai atau tertera 'download complete'. Untuk mengetahui apakah yang akan terjadi apabila fail yang dipindah masuk tersebut dilancarkan, sila klik disini.

Setelah anda melancarkan proses penyedia tersebut ,semua perisian dan komponennya akan disalin kedalam komputer anda. Dan Permainan tersebut sedia untuk dimainkan.

Internet Explorer 5 boleh didapati dihalaman Microsot secara percuma.