Halaman Permainan Komputer Affendi -Lingo Melayu 6 Abjad

Pengenalan Lingo Melayu 6 Abjad

Permainan Lingo Melayu 6 Abjad adalah permainan yang memerlukan kecekapan dan penguasaan tatabahasa yang luas oleh pemainnya . Permainan ini menjadikan abjad permulaan dan latarbelakang warna sebagai pembayang kepada jawapan.

Klik pada menu pindah masuk untuk pindah masuk permainan.Saiz fail - 127 Kbyte.

Paparan Permainan

Cara Permainan

  1. Untuk memulakan permainan anda perlu klik pada menu 'FAIL'-'MULAKAN PERMAINAN' atau tekan kekunci 'F2".
  2. Satu abjad akan keluar pada petak pertama.
  3. Apa yang perlu anda lakukan ialah menyambung abjad tersebut menjadi satu perkataan yang terdapat dalam tatabahasa Bahasa Malaysia.
  4. Setelah itu anda perlu menekan kekunci Enter.
  5. Latar belakang abjad yang anda masukkan akan diwarnakan dengan warna tertentu..
  6. Warna hijau menunjukkan abjad yang terdapat pada baris tegak tersebut adalah betul.
  7. Warna kuning menunjukkan abjad tersebut ada dalam perkataan tetapi berada pada baris tegak yang salah.
  8. Warna merah menunjukkan abjad tersebut langsung tidak terdapat dalam jawapan. (Macam warna lampu isyarat) ..
  9. Setelah itu pada baris seterusnya anda boleh merujuk pada baris sebelumnya untuk meneka abjad yang patut berada pada kedudukan tersebut.
  10. Satu markah akan diberikan pada setiap abjad yang berlatar belakangkan warna hijau.(Abjad yang betul) .
  11. Sekiranya anda dapat menjawab dengan betul pada baris yang lebih awal , markah yang lebih tinggi akan diberikan pada baris tersebut.
  12. Sekiranya jawapan betul pada baris pertama 60 markah. 50 untuk baris kedua dan hinggalah 10 untuk baris keenam.
  13. Masa ditentukan 30 saat bagi setiap baris untuk dijawab.
  14. Permainan akan tamat sekiranya masa yang diberikan berakhir atau kesemua 6 baris yang diperuntukkan tidak menghasilkan jawapan yang tepat.
  15. Akhir kata selamat mencuba dan semoga anda berpuas hati.

Harga Permainan Asal

Sila lihat Senarai