Halaman Permainan Komputer Affendi - Pindah Masuk

Apakah maksud pindah masuk (download)

Secara ringkasnya maksud pindah masuk ialah menyalin fail-fail yang terdapat diinternet masuk kedalam komputer kita. Kita boleh gunakan fail-fail tersebut tanpa perlu lagi membuka internet. Kita boleh pindah masuk sama ada permainan komputer, fail dokumen, fail gambar dan sebagainya kedalam cakera keras komputer kita.

Seperti gambar diatas :- apabila komputer A klik pada pindah masuk, fail di komputer B (yang terdapat di internet) akan disalin dan masuk kedalam komputer A (komputer anda).

Apabila anda 'Pindah Masuk' permainan dari internet bermakna anda ingin mendapatkan permainan tersebut dan terus disimpan dalam komputer anda. Inilah maksudnya pindah masuk.

Untuk mengetahui bagaimana cara untuk pindah masuk permainan sila klik disini.