Halaman Permainan Komputer Affendi - Daftar Maybank2u

Mendaftar dengan Maybank2u

Maybank2u.com telah menawarkan perkhidmatan berurusan melalui internet. Selain daripada boleh melihat baki akaun , anda juga boleh membayar bil-bil kemudahan asas melalui halaman ini dan melakukan pindahan wang ke akaun ketiga.

Untuk membolehkan anda menggunakan perkhidmatan ini , anda perlu mengaktifkannya terlebih dahulu.

Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:

  • Pergi ke mesin ATM dan seperti biasa masukkan kad dan no pin.
  • Pilih Bahasa Malaysia atau Inggeris
  • .
  • Kemudian dari menu disitu sila pilih Maybank2u.
  • Anda akan diminta untuk memasukkan 6 angka , dan ingat nombor yang telah dimasukkan.
  • Kemudian anda diminta memasukkkan nombor tersebut sekali lagi sebagai pengesahan.
  • Setelah selesai, ambil semula kad anda dan resit.

Kemudian buka internet dan layari halaman http://www.maybank2u.com. (Pastikan anda taip dengan betul alamat tersebut).

Dari halaman tersebut cuba klik pada Fisrt Time Login dan masukkan No Kad Kawanku anda dan nombor 6 angka yang telah anda masukkan dikaunter ATM sebelum ini.

Kini akaun anda telah diaktifkan untuk berurusan melalui internet. Anda akan diminta untuk memasukkan Username dan Password dimana ia akan digunakan setiap kali anda ingin mengakses akaun anda.Dan kini anda boleh menggunakan keupayaan database bank tersebut (Maybank) untuk membuat berbagai urusan yang ditawarkan hanya dengan menggunakan komputer dan talian internet anda.

Selamat mencuba dan semoga berpuas hati dengan penerangan yang diberikan dan jangan lupa untuk membuat pindahan/pembelian permainan yang saya hasilkan.