Halaman Permainan Komputer Affendi - Ingatan Serupa



Pengenalan Permainan Ingatan Serupa

Permainan ingatan serupa ini adalah sebuah permainan konsep lama.Ia berdasarkan permainan 'memori' yang telah banyak dihasilkan. Bagaimanapun beberapa tambahan dibuat untuk lebih menarik minat dan mempelbagaikan lagi teknik dan variasi permainan supaya timbul ciri-ciri keunikannya.

Klik pada menu pindah masuk diatas untuk pindah masuk permainan ini.Saiz fail - 311 Kbyte.

Paparan Permainan

Cara Permainan

  1. Untuk memulakan permainan anda perlu klik pada menu 'FAIL'-'MULAKAN PERMAINAN' atau tekan kekunci 'F2".
  2. Kesemua gambar akan dipaparkan dalam lingkungan 2 saat. Kemudian gambar2 tersebut akan ditutup semula secara berperingkat.
  3. Apa yang perlu anda lakukan ialah mencari 2 buah gambar yang serupa. (bergantung pada mod permainan)
  4. Sekiranya gambar pertama yang anda klik , sama dengan gambar seterusnya yang anda klik, paparan kedua-dua gambar tersebut akan terus dipaparkan.
  5. Jika gambar yang anda klik ,tidak sama dengan gambar yang telah anda klik sebelumnya, maka gambar yang sebelumnya itu akan ditutup semula
  6. Terdapat 3 mod permainan iaitu 2 serupa, 3 serupa dan 4 serupa.
  7. Jumlah markah akan dikira berdasarkan bilangan klik dan jumlah masa yang digunakan untuk menyelesaikan kesemua pasangan gambar-gambar tersebut.
  8. Ia akan diambil dalam bentuk peratusan. Lagi banyak bilangan klik dan jumlah masa yang diambil maka lagi kurang markah yang diberikan diakhir permainan.
  9. Setiap mod terdapat pemenangnya yang tersendiri. Anda boleh lihat menerusi tetingkap catatan terbaik yang disediakan.
  10. Tiada jangkamasa di hadkan bagi setiap pemain.
  11. Dalam versi cubaan ini permainan akan dihentikan setelah beberapa pasangan gambar disiapkan. Bilangan klik juga dihadkan.
  12. Semoga anda akan berminat untuk mendapatkan permainan asal.

Harga Permainan Asal

Sila lihat senarai.