Halaman Permainan Komputer Affendi - Timang Bola



Pengenalan Timang Bola

Permainan Timang Bola merupakan permainan berbentuk kemahiran dimana anda perlu mengawal bola-bola yang jatuh secara bergilir-gilir. Dalam pada menimbang bola daripada jatuh anda juga perlu membawa penampan atau penimbang terus bergerak keatas.

Klik pada menu pindah masuk untuk pindah masuk permainan.Saiz fail - 90 Kbyte.

Paparan Permainan

Cara Permainan

  1. Untuk memulakan permainan anda perlu klik pada menu 'FAIL'-'MULAKAN PERMAINAN' atau tekan kekunci 'F2".
  2. Apabila permainan dimulakan bola-bola akan jatuh satu persatu dari tempatnya.
  3. Jadi tugas anda ialah untuk menahan bola-bola yang jatuh tersebut daripada mengenai tempat yang bertanda panah dibawah.
  4. Untuk menahan atau menampan bola tersebut dari jatuh mengenai panah, anda perlu klik pada tanda panah tersebut.
  5. Apabila anda klik pada tanda panah tersebut, satu penampan akan muncul seperti spring menghala ke atas untuk menahan bola jatuh yang sebaris/selajur dengannya.
  6. Dan tanda panah tersebut akan bergerak keatas sedikit demi sedikit , setiap kali anda klik pada tanda panah tersebut.
  7. Jadi anda perlu timang bola-bola tersebut satu persatu.
  8. Ada ketikanya terdapat antara bola-bola yang jatuh tersebut akan pegun/kaku melekat diatas (Ia tidak jatuh).Dan pada waktu ini anda perlu berhati-hati kerana jika anda menghantar spring penampan kepada bola tersebut ,penampan tersebut akan terus melekat diatas.
  9. Apabila spring penampan tersebut melekat diatas jadi tanda panah tidak dapat meneruskan perjalanannya untuk naik keatas.
  10. Terdapat 2 keadaan dimana tanda panah tidak dapat meneruskan perjalanannya:-
    • Jika bola jatuh mengenai tanda panah tersebut tanpa sempat ditampan.
      Jika spring penampan dikeluarkan ketika bola sedang pegun diatas.
  11. Jadi disamping anda menampan atau menimang bola-bola tersebut, tujuan atau tugas utama anda ialah memastikan kesemua tanda-tanda panah tersebut terus hidup untuk meneruskan perjalanannya keatas.
  12. Markah akan dikira berdasarkan jumlah ketinggian KESEMUA tanda-tanda panah tersebut.
  13. Oleh itu lebih banyak tanda-tanda panah yang berada diatas jadi lebih banyak markah yang dapat dikumpulkan.
  14. Saya rasa apa yang dapat dipelajari atau dimiliki oleh kita dari permainan ini ialah kemahiran mengawal tetikus dan keupayaan kita memilih mana satu yang patut didahulukan serta kecekapan melihat apa yang terjadi dalam satu-satu paparan.
  15. Bagaimanapun pada akhir-akhir permainan mungkin terdapat sedikit kobosanan dalam permainan kerana pengawalan jatuhan bola terasa mudah terutama apabila tinggal kurang 4 tanda panah.....
  16. Permainan akan berakhir jika hanya tinggal 3 sahaja tanda panah yang masih hidup!!!.
  17. Akhir kata semoga berpuas hati. Dari....Affendi.

Harga Permainan Asal

Sila lihat senarai

Make your own free website on Tripod.com