Halaman Permainan Komputer Affendi - Pindahan Wang

Menerusi kaunter Maybank

Anda boleh memiliki permainan-permainan versi asal dengan cara memasukkan wang melalui kaunter di bank (Maybank). Apa yang perlu dilakukan ialah

Langkah - langkah

  • Pergi ke Cawangan Maybank yang berhampiran.
  • Sila ambil nombor untuk menunggu giliran.
  • Kemudian dapatkan slip deposit/simpanan seperti yang ditunjukkan dibawah.
  • Tuliskan jumlah wang yang anda ingin kirimkan mengikut harga permainan.
  • Sila serahkan slip tersebut beserta jumlah wang yang ingin dikirimkan , kepada pegawai dikaunter tersebut.
  • Setelah selesai sila dapatkan salinan slip tersebut.

Pastikan juga anda telah memberikan alamat email dan nama permainan yang dikehendaki melalui kotak pesanan yang telah disediakan di halaman sebelum ini. Atau pun email kepada saya mengenai kiriman yang anda telah lakukan.

Setelah kiriman diterima

Semakan akan dilakukan keatas baki akaun simpanan saya. Setelah kiriman wang diterima, permainan-permainan yang dikehendaki akan dihantar kekotak email anda.Pastikan kotak email anda dapat menerima (menyokong) penghantaran menerusi sisipan fail (Attachment) seperti Hotmail.