Halaman Permainan Komputer Affendi - Mengenai Wang Pos

Kiriman wang pos

Sebelum pergi ke pajabat pos apa yang perlu anda sediakan ialah:-

  1. Sekeping surat yang mengandungi nama anda , alamat rumah anda , alamat email anda serta nama permainan yang dikehendaki.
  2. Sampul surat yang tertulis alamat rumah saya. (Sila klik disini untuk mengetahuinya).
  3. Wang tunai secukupnya untuk harga permainan + RM 1.50 (lebih kurang) untuk harga perkhidmatan wang pos serta setem.

Apabila sampai ke pejabat pos, seperti biasa jika nasib kurang baik anda terpaksa beratur untuk menunggu giliran. Dan apabila sudah sampai pada giliran anda untuk berurusan, sila beritahu pada pegawai pos tersebut bahawa anda ingin membeli wang pos bernilai RM_.00 (harga permainan) dan setem 30c. Sedikit bayaran tambahan akan dikenakan untuk harga wang pos.

Setelah urusan pembelian wang pos dan setem selesai, apa yang perlu dilakukan ialah:-

  1. Tuliskan nama saya pada ruangan Bayar kepada di wang pos tersebut.(Sila semak pada sampul surat).
  2. Tulis nama anda dan alamat anda pada bahagian belakang wang pos tersebut.
  3. Jangan lupa ceraikan bahagian tepi sebelah kiri wang pos tersebut untuk simpanan anda.
  4. Setelah itu lipat atau balut wang pos yang akan dikirimkan dengan surat kiriman yang telah anda sediakan, lalu dimasukkan kedalam sampul surat.
  5. Tampalkan setem pada sampul surat tersebut dan masukkannya ke peti pos berdekatan seperti biasa.

Masa yang paling baik untuk anda lakukannya ialah pada ketika ingin membayar bil-bil elektrik, air dan sebagainya. Dan jika anda mempunyai mesin cetak atau printer adalah lebih baik anda print (cetak) dokumen ini untuk rujukan.