Halaman Permainan Komputer Affendi - Artikel Permainan

Artikel Mengenai Permainan Komputer

Tetris merupakan permainan terbaik dalam kategori puzzle yang pernah dihasilkan. Pencipta asal permainan ini ialah Alexy Pajitnov. Ia telah dihasilkan semula oleh Dave Edson di bawah logo Microsoft, Windows Entertainment Package. Corak permainan ini amat menarik dimana kita perlu menyusun objek-objek yang jatuh supaya memenuhi ruang kosong dalam baris-baris dibawahnya. Ia sangat mudah difahami dan memerlukan sedikit kemahiran untuk membuat keputusan dalam penyusunan-penyusunan yang tepat. Permainan ini menjadikan masa dan rupa bentuk objek sebagai cabaran bagi para pemain untuk menentukan kedudukan yang sesuai bagi objek-objek yang jatuh tersebut.Setiap objek mempunyai 4 buah kotak yang dicantum dalam berbagai kombinasi.Saya rasa ia satu idea yang sangat baik dimana selain daripada mudah difahami ia juga merupakan satu latihan bagi para pemain untuk mengingati bentuk objek dan menyesuaikannya dengan keadaan.Kini terdapat berbagai-bagai klon Tetris yang telah dihasilkan oleh pengaturcara dengan grafik-grafik dan kesan bunyi yang berlainan untuk meningkatkan daya tarikan dalam permainan tersebut. Selain daripada itu juga , banyak juga permainan yang dihasilkan kini mengambil konsep permainan tetris ini iaitu 'objek jatuh dan susun' dan mengubahsuainya supaya tampak berlainan dengan cabaran yang berlainan.

Salah satu daripadanya ialah Foxy Colums yang telah dihasilkan oleh Alice Milkhailovich. Permainan ini menggunakan warna sebagai kunci utamanya dalam mencabar pemain untuk membuat penyusunan. Peraturan asas bagi permainan ini ialah kita perlu menyusun 3 kotak bewarna yang jatuh secara selari dan memadankannya dengan kotak-kotak warna dibawah. Sekiranya terdapat turutan warna yang sama baik secara melintang, menegak atau mengiring , maka kotak-kotak tersebut akan hilang. Dan kotak yang berada diatas kotak yang telah hilang tersebut akan menggantikan tempatnya. Semasa jujukan kotak 3 warna itu turun kita diberi peluang untuk mengubah kedudukan kotak-kotak tersebut. Ini menjadikan permainan lebih menarik ,berinteraktif dan mengukur keupayaan pemain dengan sempurna. Bagaimana pun apa yang lebih menarik dalam pembinaan permainan ini ialah kedudukan mata pemain di ukur secara terus dengan kedudukan mata yang telah dicapai sebelum ini. Ia akan menaik menurut kenaikan mata yang dikumpulkan.

Satu lagi permainan yang ingin saya kemukakan disini ialah Ballistic. Permainan ini dihasilkan oleh Glenn Nissen dari Canada. Konsep permainan ini tidak begitu susah untuk difikirkan. Ia adalah satu logik yang mudah dimana apa yang perlu dilakukan oleh pemain ialah menampan bola yang melantun-lantun disekitar kotak daripada jatuh kebawah. Selain daripada itu pemain juga perlu menggunakan kemahiran untuk mengawal bola supaya mensasar kearah 'batu-batu' yang disusun dibahagian atas. Ada yang boleh dipecahkan dan ada yang batu yang terus kebal ditempatnya. Ini untuk memastikan sasaran bola di tidak semata-mata dikawal oleh bar dibahagian bawah. Terdapat beberapa senjata diperuntukkan kepada para pemain untuk memudahkan pemecahan kesemua batu dilakukan. Dalam versi 'shareware' yang saya miliki menyediakan 50 bentuk susunan yang perlu diselesaikan.

Sila klik disini untuk artikel seterusnya.

14 Januari 2000