Konsep permainan ini diilhamkan ketika saya mencari idea untuk menghasil permainan kiub warna yang boleh dipusing-pusingkan untuk mendapatkan kesemua permukaan mempunyai warna yang sama. Disebabkan terlalu remeh untuk menghasilkannya dalam bentuk 3 dimensi, saya fikirkan cara untuk dimainkan dalam bentuk 2 dimensi. Dengan itu terhasillah Susunan Segi dengan peraturan permainan yang dipertunjukkan. Ia sebenarnya agak berbeza dengan konsep permainan kiub 3 dimensi tersebut.
Permainan ini agak mencabar kerana ia memerlukan kekreatifan minda pemain untuk menyelesaikan kesemua kotak-kotak yang disediakan. Semakin lama semakin sukar untuk menyelesaikannya.
Saya sendiri beberapa kali memainkan permainan ini untuk mencari cara atau formula terbaik untuk menyelesaikkannya tetapi tak jumpa. Bagaimana pun memang saya tahu ia boleh diselesaikan.
Permainan Versi Cubaan
Dalam permainan versi cubaan hanya 2 atau 3 kotak sahaja yang dibolehkan untuk diselesaikan. Jika untuk menyelesaikan kesemua kotak , anda diminta untuk mendapatkan versi asal. Jangkamasa tertentu diperuntukkan untuk menyelesaikan kesemua kotak. Dalam versi asal jika masa telah pun tamat, anda boleh meneruskan permainan untuk menyelesaikan kotak2 tersebut walaupun tidak akan mendapat mengisi nama catatan terbaik.
Pada saya ini antara idea terbaik dalam penciptaan permainan kerana saya belum pernah lihat ia di hasilkan sebelum ini walaupun konsepnya agak umum dan mudah.
Idea
Untuk pengetahuan sebenarnya banyak idea lain boleh dikemukakan menggunakan konsep permainan ini, contohnya menggunakan 16 kumpulan petak, pergerakan berjujukan secara 2 baris dan sebagainya. Mungkin pengaturcara lain boleh memikirkan untuk menaik tarafkan konsep permainan ini.