Affendi - Kosa Kata 7 Abjad
Halaman Permainan Komputer Affendi - Kosa Kata 7 Abjad



Pengenalan Kosa Kata 7 Abjad

Permainan Kosa Kata 7 Abjad merupakan permainan yang memerlukan pemerhatian kepada susunan abjad untuk menjadikannya satu perkataan yang dikenali. Permainan ini ada persamaan dengan Lingo Melayu cuma abjad yang perlu disusun sudah sedia diberikan.

Klik pada menu pindah masuk untuk pindah masuk dan mencuba permainan ini.Saiz fail - 82 Kbyte.

Paparan Permainan

Cara Permainan

  1. Untuk memulakan permainan anda perlu klik pada butang 'ENTER'.
  2. 7 abjad akan keluar pada baris tingkap dibawah. Dan tanda cerah akan kelihatan baris tingkap kosong diatas.
  3. Abjad-abjad tersebut perlu disusun supaya menjadi satu perkataan.
  4. Tempat cerah ialah tempat dimana akan diisi apabila anda klik pada abjad ditingkap bawah.
  5. Sekiranya pilihan susunan abjad ditingkap atas telah penuh diisi maka tekan butang 'ENTER' sekali lagi.
  6. Anda boleh klik pada abjad diatas untuk meletakkannya semula dibahagian bawah.
  7. Program akan memproses sama ada perkataan yang telah anda bentuk betul atau salah.
  8. Sekiranya mana-mana abjad yang anda bentuk berada dikedudukan yang betul untuk perkataan yang dikehendaki , maka perkataan tersebut akan tinggal ditingkap atas. Dan jika salah ia akan diletakkan semula ditempat asalnya dibawah.
  9. Peluang diberikan sebanyak 3 kali dan perlu disiapkan dalam masa 60 detik. Sekiranya dalam masa 60 detik tersebut anda tidak dapat menyiapkannya , atau semua jawapan salah dalam 3 peluang yang diberikan maka anda dikira 'TEWAS'.
  10. Markah akan diberikan mengikut berapa masa saat yang tertinggal untuk meneka perkataan yang dikehendaki.
  11. Lebih cepat anda dapat menjawab dengan betul , lebih banyak markah yang akan anda perolehi.

Harga Permainan Asal

Sila lihat senarai