Apabila fail penyedia -(fail yang telah dipindah masuk) dilancarkan , satu kotak seperti dibawah (contoh) akan dipaparkan.
Kotak ini memberitahu bahawa penyalinan fail permainan yang akan dijalankan keatas komputer anda.
Selepas anda klik pada OK , penguraian (unzip) dan penyalinan fail akan dilakukan beserta semua komponennya.Lihat kotak dibawah.
Kemudian satu lagi kotak atau tetingkap seperti dibawah akan keluar menandakan proses penyalinan selesai sepenuhnya.
Selepas anda klik pada OK , permainan tersebut akan terus dijalankan.
Untuk pengetahuan, ikon permainan akan diletak dipaparan Dekstop (Paparan utama atau muka depan yang kita lihat pada monitor komputer).Contohnya seperti dibawah.
Ikon tersebut akan memudahkan anda untuk membuka permainan.Sila tanya pada rakan yang biasa dengan komputer jika anda berhasrat untuk mengubah kedudukan ikon tersebut sama ada disimpan di dalam menu Start atau Taskbar.