Halaman Permainan Komputer Affendi - Tetris Nombor



Pengenalan Tetris Nombor

Permainan Tetris Nombor ini adalah seperti juga permainan tetris tetapi ia menggunakan nombor sebagai objeknya. Dengan susunan nombor yang betul , ia akan hilang atau terpadam dan susunan perlu terus diusahakan untuk mengumpul markah.

Klik pada menu pindah masuk untuk pindah masuk permainan.Saiz fail - 233 Kbyte.

Paparan Permainan

Cara Permainan

  1. Untuk memulakan permainan anda perlu klik pada 'FAIL'-'MULAKAN PERMAINAN' atau tekan kekunci F2.
  2. Dua nombor akan kelihatan.satu diatas dan satu dibawah.
  3. Apa yang perlu anda lakukan ialah menyusun nombor yang jatuh tersebut menggunakan kekunci arah panah.
  4. Nombor akan bergerak mengikut arah anak panah yang ditekan sama ada kekiri, kekanan atau kebawah.
  5. Dan kekunci anak panah keatas adalah untuk menukar nombor yang sedang jatuh dengan nombor yang kelihatan dibahagian atas.
  6. Anda juga boleh menyusun nombor tersebut dalam bentuk yang sama nombor tetapi markah adalah kurang berbanding dengan susunan yang berturutan.
  7. Apabila susunan nombor anda melebihi 3 menurut apa yang dikehendaki maka nombor-nombor tersebut akan hilang.
  8. Dan anda perlu menyusun nombor yang keluar seterusnya.
  9. 10 markah akan diberi bagi susunan berturutan dengan 3 nombor,20 markah bagi susunan berturutan 4 nombor dan seterusnya.
  10. 5 markah bagi 3 nombor yang sama , 10 markah bagi 4 nombor yang sama dan begitulah seterusnya.,
  11. Jika dengan satu nombor yang anda letakkan berjaya menyelesaikan lebih dari 1 kumpulan susunan maka setiap markah tersebut akan dikali dengan berapa jumlah kumpulan penyelesaian yang dibuat. (Markah Berganda).
  12. Setiap 1 minit permainan ,jatuhan nombor- nombor akan dipercepatkan.
  13. Oleh itu jika lebih cepat anda menyiapkan dan mengumpul markah maka markah akan tersedia dengan lebih tinggi setiapkali cepatan yang dilakukan.Oleh itu lebih selamat.
  14. Akhir kata selamat mencuba dan semoga anda berpuas hati.

Harga Permainan Asal

Sila lihat senarai

14 Januari 2000