Affendi - Soalan dan Jawapan
Halaman Permainan Komputer Affendi - Panduan dan Persoalan

...Sambungan Panduan dan Persoalan.

Mengapa saudara suka membuat homepage semata-mata untuk game sahaja ? Lain dari game apa lagi yang saudara suka buat ?
Jawapan:
Saya memang berhasrat untuk membuat semua perkara yang berkaitan dengan komputer.Tapi masih tiada idea yang benar-benar unik untuk di pertunjukkan. Kalau boleh biar berbeza dengan apa yang telah pun dihasilkan.
Selain dari membuat game saya suka mengumpul maklumat mengenai pengaturcaraan Visual Basic. Kerana dari situ saya boleh membina pengaturcaraan yang lebih stabil, ringkas, sempurna dan pantas.Selain dari itu saya juga berminat mencari maklumat terbaru dalam bidang komputer.

Saya sangat berminat dengan Show Roda Impian. Bolehkah saudara menghasilkan permainan tersebut?
Jawapan:
Saya akan cuba untuk menghasilkan permainan tersebut pada suatu hari nanti.

Saya ingin membeli kesemua sekali game...ada diskaun tak?
Jawapan:
Mestilah ada diskaun.

Bagaimana pengiriman wang perlu dilakukan?
Jawapan:
Terdapat 2 cara pengiriman boleh dilakukan.
1. Pengiriman melalui Pos (wang Pos). Sila klik disini.
2. Pengiriman melalui Pindahan Akaun (Maybank).Sila klik disini.

Macammana saya nak datang untuk berjumpa sendiri dengan affendi?
Jawapan:
Jika ingin berjumpa sendiri , sila telefon dulu 03-89435201.Lihat peta.