Bagaimana untuk memastikan sama ada fail msvbvm50.dll, ada atau tidak dalam sistem direktori windows komputer anda:-
Klik pada [Start - Find - Files or Folder ] seperti paparan dibawah.
(Buat pada komputer anda....)
Selepas anda klik pada Files or Folder tersebut satu lagi paparan akan keluar - seperti yang ditunjukkan dibawah.
Selepas paparan tersebut keluar taipkan msvbvm50.dll pada kotak kosong yang disebelah Named:.
Dan pastikan kotak kosong disebelah Look in: menempatkan pemacu (C:) atau nama label cakera keras komputer anda. Dan kotak sebelah Include subfolder bertanda 'betul'.
Kemudian klik pada butang Find Now.
Apabila anda klik pada Find Now ikon kanta disebelah akan bergerak menandakan proses pencarian fail tersebut dalam komputer anda sedang dijalankan. Tunggu sehingga selesai proses pencarian.
Jika fail msvbvm50.dll terdapat dalam komputer maka paparan dibawahnya akan menunjukkan fail tersebut. Pastikan ia terletak didirektori (folder) C:\WINDOWS\SYSTEM
Jika tiada apa-apa paparan fail ditunjukkan bermakna fail tersebut tiada dalam komputer anda .Oleh itu anda perlu mendapatkannya.
Untuk mendapatkan fail msvbvm50.dll sila klik disini