Msvbvm50.dll ialah satu fail 'dynamic link library' yang digunakan untuk menyokong perisian - perisian yang dihasilkan menggunakan 'Visual Basic 5'. Ia juga dikenali 'Visual Basic 5 Runtime module'.
Pada kebiasaannya apabila perisian yang dihasilkan telah siap ia perlu disediakan kepada pengguna dengan cara yang mudah. Ini dilakukan dengan memampatkan perisian tersebut dan semua komponen-komponen yang berkaitan dalam satu fail.Fail-fail sokongan yang lain juga akan dimasukkan sekali dalam perisian penyediaan (setup) tersebut termasuklah fail msvbvm50.dll ini.
Fail msvbvm50.dll ini akan diletakkan didirektori C:\WINDOWS\SYSTEM\ (Pada kebiasaannya). Sekiranya fail tersebut tidak terdapat didalam sistem, semua perisian yang dihasilkan menggunakan Visual Basic 5 tidak boleh dijalankan (keluar satu kotak error).
Untuk pengetahuan , bukan permainan yang terdapat dihalaman ini sahaja yang memerlukannya malah banyak lagi shareware lain yang terdapat diserata dunia atau internet ini yang memerlukannya. Jadi tak rugi kalau anda menyimpan fail tersebut.
Untuk melihat bagaimana cara untuk memastikan sama ada fail msvbvm50.dll ada atau tidak dalam sistem komputer anda sila klik disini.
Pindah masuk msvbvm50.dll
Untuk mendapatkan fail msvbvm50.dll ini sila klik pada kotak Msvbvm di bawah.Sekiranya anda ingin melihat terlebih dahulu cara untuk pindah masuk sila klik disini
Selepas proses pindah masuk selesai fail Msvbvm ini perlu dilancarkan. Setelah dilancarkan ,fail msvbvm50.dll akan disalin kedalam direktori C:\Windows\System.