Pengenalan Susunan Segi 9 Kumpulan
Permainan susunan segi ini adalah berasaskan permainan kiub warna yang boleh dipusing-pusingkan untuk menjadikan kesemua permukaan kiub mempunyai warna yang sama.Bagaimana pun permainan ini adalah dalam bentuk 2 dimensi dan bukannya 3 dimensi seperti permainan kiub tersebut.Pemusingannya menurut pada arah butang panah yang diklik.
Klik pada menu pindah masuk untuk pindah masuk permainan.Saiz fail - 126 Kbyte.
Paparan Permainan
Cara Permainan
- Apabila anda membuka permainan ini , susunan kotak-kotak adalah dalam keadaan tidak tersusun dalam kumpulannya.
- Apa yang perlu anda lakukan ialah menyusun semua kotak-kotak tersebut supaya berada dalam kumpulan warna yang sama.
- Untuk melakukannya anda perlu gunakan tetikus dan klik pada muncung panah yang menunjukkan arah kiri, kanan, atas dan bawah.
- Apabila muncung panah diklik , kotak yang berada searah dengan muncung panah yang diklik, akan bergerak beriringan bertukar tempat.
- Disini anda perlu gunakan kreatif anda menyusun kotak-kotak warna tersebut.
- Setiap kali muncung panah dklik kotak markah yang menunjukkan markah akan berkurangan sebanyak 10 markah.
- Dan setiap saat juga markah tersebut akan berkurangan sebanyak satu markah.
- Oleh itu lebih cepat anda siapkan dan kurang mengklik untuk menyusun kotak , lebih tinggi markah yang dapat dikumpulkan.
- Apabila selesai permainan anda diberi pilihan samaada untuk memulakan permainan dengan susunan kotak yang sama pada awal permainan atau memulakan susunan tidak tersusun yang baru.
- Akhir kata semoga anda berpuas hati.
Harga Permainan Asal
Sila lihat Senarai
Jika ingin mengetahui penerangan disebalik penghasilan permainan ini sila klik disini.