Affendi - Soalan dan Jawapan
Halaman Permainan Komputer Affendi - Panduan dan Persoalan

Panduan dan Persoalan.

Perisian apakah yang digunakan untuk membuat permainan-permainan tersebut?
Jawapan:
Saya menggunakan 'Visual Basic 5 Learning Edition' (ada certificate of Authencity) untuk menghasilkannya.Selain daripada itu saya menggunakan 'PaintBrush' (Accecories Windows) untuk melukis gambar.Untuk membuat fail setup saya menggunakan 'PaquetBuilder' (Freeware).Dan halaman ini dihasilkan menggunakan perisian seperti Internet Explorer 4/5 dan Notepad.

Apakah perbezaan antara permainan yang asal dengan permainan cubaan?
Jawapan:
Permainan asal tidak berhenti ditengah-tengah permainan.Selain dari itu ia juga boleh menyimpan nama catatan terbaik.Dan dalam Lingo dan Kosa Kata jumlah perkataan lebih banyak(+300).Sesetengah permainan cubaan, bunyi di'disable'kan atau off. Bagaimana pun permainan cubaan boleh digunakan sampai bila-bila pun (tiada had masa).

Siapakah Affendi?
Jawapan:
Saya berasal dari Perak dan tinggal di Kg.Pandan, Kuala Lumpur. Bekerja sebagai technician di sebuah private company dan memiliki diploma kej. elektronik dari UTM.

Bagaimanakah untuk pindah masuk (download) permainan ?
Jawapan:
Jika anda tidak pernah pindah masuk permainan sila klik disini untuk mengetahui cara untuk pindah masuk permainan.

Mengapa permainan (game) yang saya pindah masuk tidak boleh untuk dibuka.(ada error)?
Jawapan:
Antara sebab-sebab permainan tak boleh nak dibuka ialah kerana fail MSVBVM.DLL tidak terdapat didalam direktori sistem windows anda. Fail ini diperlukan bagi perisian yang dihasilkan menggunakan Visual Basic 5.Untuk mendapatkan fail ini sila klik disini. Anda hanya perlu pindah masuknya sekali sahaja dan setup fail tersebut.
Selain daripada itu anda juga boleh mendapatkannya daripada halaman-halaman seperti Microsoft atau Download.com. Fail ini adalah di beri secara percuma.Bukan setakat permainan-permainan yang berada disini sahaja yang menggunakan fail MSVBVM50.DLL ini.Malah terdapat banyak shareware-shareware lain yang dihasilkan oleh pengaturcara diseluruh dunia yang memerlukan fail ini didalam komputer anda.

Adakah permainan-permainan yang terdapat disini mesti dibayar untuk mendapatkan yang asal?
Jawapan:
Untuk lebih jelas sila klik disini.

Adakah Affendi seorang yang boleh dipercayai .Bagaimana jika duit yang saya kirimkan lesap tanpa sebarang berita.?
Jawapan:
Semuanya adalah berlandaskan atas dasar percaya.Harap maklum.

Mengapakah fail MSVBVM50.DLL tidak disertakan sekali didalam perisian penyedia(setup) permainan?
Jawapan:
Memang saya boleh menyepadukan(include) sekali fail MSVBVM.DLL didalam fail setup yang disediakan.Tetapi sekiranya fail tersebut disepadukan sekali , ini menjadikan fail setup yang saya sediakan mempunyai jumlah byte yang besar (hampir 1.3 Mbyte - 1 disket).Masalahnya ialah jangkamasa proses download yang diambil akan menjadi lebih lama (mungkin 4-5 minit).Sedangkan fail MSVBVM tersebut hanya perlu dipindah masuk oleh pengguna hanya sekali sahaja. Saya merasakan ia tak praktikal.Oleh itu adalah lebih baik diasingkan fail tersebut dari fail setup yang di sediakan.

Orang sekarang ni lebih berminat dengan game-game 3D dengan grafik2 yang hebat dan menarik.Siapa yang mahu game-game seperti ini?
Jawapan:
Memang saya akui hakikat tersebut. Saya belum berupaya untuk menghasilkan permainan 3 dimensi dengan cepat dan pantas.

Bagaimana untuk mendapatkan permainan versi asal?
Jawapan:
Sila klik disini. Terdapat senarai harga permainan dan cara-cara untuk mendapatkan permainan versi asal.

Dimanakah hendak belajar Visual Basic dalam internet?
Jawapan:
Tempat yang selalu saya lawati untuk mencari maklumat mengenai VB ialah diPlanet source Code. Sebenarnya ada banyak tempat di internet ni menyediakan pembelajaran VB.

Berapa ramaikah yang sudah membeli game ini dan bagaimanakah reaksi mereka..?
Jawapan:
Ramai juga yang telah membeli permainan-permainan disini.Itu yang saya harapkan.

Soalan seterusnya...

14 Januari 2000