Halaman Permainan Komputer Affendi - Cara Pindah Masuk

Cara untuk memindah masuk

Untuk memindah masuk sesuatu permainan pada halaman permainan yang dipaparkan , klik pada ikon atau imej seperti yang ditunjukkan.

Ikon ini terletak di bar menu dalam setiap halaman permainan.

Setelah itu satu kotak pemastian seperti dibawah akan keluar.Ini untuk memastikan sama ada anda mahu menyimpan (save) fail tersebut.

Apabila anda klik pada OK satu lagi kotak seperti dibawah akan keluar untuk pastikan dimana anda mahu menyimpan fail penyedia permainan yang akan anda pindah masuk.

Apabila anda ingin klik pada Save pastikan anda ingat direktori dimana anda akan simpan fail tersebut.Ini untuk memudahkan anda mendapatkan semula fail yang telah anda pindah masuk dan melancarkan perisian penyedia(setup) tersebut.

Tidak lama kemudian satu lagi kotak atau tetingkap seperti dibawah akan keluar menandakan proses pindahan masuk fail telah selesai.Klik pada OK.

Fail tersebut perlu dilancarkan untuk proses penguraian.Cari direktori dimana anda simpan fail yang dipindah masuk tadi ,paparkan dan jalankannya.

Setelah anda melancarkan proses penyedia tersebut ,semua perisian dan komponennya akan disalin kedalam komputer anda. Untuk mengetahui apa yang terjadi apabila fail setup tersebut dilancarkan sila klik disini. Selepas itu barulah perisian atau permainan tersebut sedia untuk dimainkan.

Internet Explorer 5

Penerangan mengenai cara pindah masuk ini adalah cara kebiasaan yang dilakukan oleh Internet Explorer 4. Bagaimana pun lain-lain pelayar (Browser) juga tidak jauh bezanya mengenai cara-cara untuk memindah masuk sesuatu fail. Internet Explorer 5 telah memudahkan proses pindah masuk ini. Sila klik disini.

Msvbvm50.dll

Perlu diingatkan sebelum anda memindah masuk permainan-permainan disini ,pastikan fail 'msvbvm50.dll' terdapat dalam direktori sistem windows anda.Untuk mengetahui bagaimana untuk memastikan sama ada fail tersebut ada atau tidak dalam komputer anda sila klik disini. Untuk mendapatkannya anda boleh klik pada menu ikon seperti dibawah yang berada disetiap halaman permainan.Anda hanya perlu pindah masuk 'sekali sahaja' fail tersebut.

Masalah untuk memindah masuk

Sekiranya anda masih menghadapi masalah untuk memindah masuk permainan-permainan dari sini, anda boleh hantar email kepada saya dan saya akan menghantar permainan tersebut terus kekotak email anda dalam bentuk attachment. Anda boleh pindah masuknya dari kotak email anda.

14 Januari 2000